Abad ke-19 Sejarah_perkakasan_pengkomputan

Alat tenun Jacquard merupakan salah satu peranti boleh atur cara yang pertama.

Walaupun banyak alat kira telah direka, tidak terdapat sebarang peranti itu yang sepadan dengan takrif moden komputer kerana kesemua itu tidak boleh diaturcarakan. Pada tahun 1801, Joseph Marie Jacquard memperbaik mesin tenun tekstil dengan menggunakan kad tebuk kertas sebagai templat bagi membenarkan mesinnya menenun corak yang rumit dan berjalin-jalin secara automatik. Mesin tenunnya merupakan satu langkah yang penting dalam pengembangan komputer kerana penggunaan kad tebuknya itu, walaupun terhad, boleh diperlihatkan sebagi sejenis kebolehaturcaraan yang awal.

Pada tahun 1837, Charles Babbage merupakan orang yang pertama untuk mengkonsepsikan dan mereka bentuk komputer mekanik boleh atur cara penuh yang dikenalinya sebagai "Enjin Analisis". (Enjin Analisis Babbage harus tidak dikelirukan dengan enjin pembezaannya yang merupakan sebuah alat kira mekanik tak boleh atur cara.) Diakibatkan kewangan yang terhad serta ketakmampuannya bertahan daripada menggodek-godek reka bentuknya, beliau tidak pernah membina enjin tersebut.

Pemprosesan data automatik kad tebuk berskala besar dilakukan untuk Banci Amerika Syarikat pada tahun 1890 melalui mesin jadual yang direka bentuk oleh Herman Hollerith dan dikilangkan oleh Perbadanan Penghitungan Penjadualan Pencatatan (Computing Tabulating Recording Corporation, bakal IBM). Menjelang akhir abad ke-19, sebilangan teknologi yang kemudian terbukti berguna dalam penciptaan komputer yang praktik mula muncul: kad tebuk, algebra Boolean, tiub vakum (injap termion) dan telepencetak.